Friday, September 4, 2009

jangan pandang belakang congkak...satu karya yang mesti di beri pandangan...


salam karya...

ngantuk...tp nak juga berkarya sementara idea mari..aritu sekali lepas berbuka layan anak
tengok filem Jangan Pandang Belakang Congkak...sebenarnya dah lama tak layan filem
ni...setelah 1/2 filem berlalu...tiada apa yang boleh dianggap sebagai satu " karya"..."seni"..yang
ada hampeh belaka..macam filem2 melayu yang lain...( tapi tak semua)...kadang-kadang fikir
apa yang mejadikan karya seniman Malaysia sedemikian rupa? Tiada nilai seni..tiada yang
boleh di anggap sebagai satu karya...ia cuma satu hasilan tangkap muat...melepas batok di lift....
Apakah halangan untuk mengkaryakan hasil yang bermutu terlalu menghalang? Tiada
kebebasan untuk berkarya?


Semalam aku tengok filem Enemy of United State lakonan William
Smith kat TV2, ape yang membuat aku teruja ialah bagaimana dari mesin pengisar ia boleh
jadikan cerita!! kamera fokus pada "blender" waktu W.Smith blend buah berry..bagi yang tak
faham akan kata apelah..blend air pun nak tunjuk...tapi bagi yang nampak akan mengatakan
bahawa pengarah tersebut berjaya menghasilkan cerita dandialog hanya dari " blender" yang macam takde kena-mengena langsung dgn cerita.

aku tak nafikan ada karya yang bermutu seperti hasil karya U-Wei
Saari, Nasir Jani, dll...aku pernah tgk Perempuan..Isteri dan ...., cerita simple...takde
kecanggihan teknologi...tapi ia merupakan satu karya yang di sebut-sebut sehingga kini...
Aku suka filem Merah..ada cerita...ada hasil seni...Aku bukanlah pengkritik filem tapi
sekadar memberi pendapat..bagi aku JPBC tiada cerita...tiada seni..tiada karya..baik dari segi
jalan cerita mahupun pelakon...semua hampeh!!!mereka tidak ikhlas dalam berkarya agaknya...

aku tertunggu-tunggu karya terbaru U-Wie...ade ke?

abohannan

pengkritik x bertauliah..

131a.m

No comments:

Post a Comment